fb fb fb fb fb

Piala Dunia 2026: Gol tunggal Iqbal hidupkan semula impian Iraq

FOTO REUTERS

JEDDAH, 12 OktoberIraq menghidupkan semula peluang untuk layak ke Piala Dunia selepas menewaskan Indonesia 1–0 dalam saingan Kelayakan Piala Dunia 2026 Zon Asia di Stadium Al Inma Bank, King Abdullah Sports City, di sini pada Sabtu.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan oleh pemain tengah kelahiran Manchester, Zidane Iqbal, pada minit ke-76 hasil rembatan dari luar kotak penalti selepas memanfaatkan kesilapan pertahanan Indonesia, Rizky Ridho.

Kemenangan itu memastikan skuad bimbingan Graham Arnold kini mengutip tiga mata dalam Kumpulan B, dan akan menentang Arab Saudi pada Selasa ini bagi perebutan tiket automatik ke Piala Dunia 2026.

Perlawanan bermula sengit dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Indonesia yang dibimbing oleh legenda Belanda, Patrick Kluivert, hampir membuka jaringan pada minit ke-10 menerusi tandukan Kevin Diks yang sedikit tersasar.

Manakala rembatan jarak jauh Thom Haye nyaris memberikan gol pendahuluan buat skuad Garuda.

Penyerang muda Indonesia berusia 20 tahun, Mauro Zijlstra, hampir menjaringkan gol pertama antarabangsanya namun berjaya diselamatkan oleh pertahanan Iraq, Manaf Younis.

Iraq pula membalas kepada menerusi tandukan Sherko Karim yang melepasi palang pada minit ke-29.

Bersambung babak kedua, Iraq melakukan perubahan taktikal dengan memasukkan Zidane Iqbal, yang kini beraksi bersama FC Utrecht di Liga Belanda.

Kemasukan Iqbal berjaya mengubah permainan apabila menjaringkan gol tunggal permainan sekali gus memastikan Iraq kekal bersaingan dalam kempen kelayakan Piala dunia 2026.

Namun, kemenangan tersebut disulami dengan tragedi apabila Iraq terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas pemain pertahanannya, Zaid Tahseen dilayangkan kad merah kedua pada masa kecederaan.

Ketika wisel penamat semakin hampir, penyokong Indonesia melontar botol ke dalam padang bagi membantah keputusan pengadil Ma Ning dari China.

Namun, ketua pasukan Indonesia Jay Idzes bertindak menenangkan keadaan sebelum aksi diteruskan semula.

Selepas dua perlawanan, Iraq mengumpul 3 mata sementara Indonesia kekal tanpa sebarang mata.

Arab Saudi mendahului kumpulan. Perlawanan penentuan menentang arab Saudi Selasa ini akan menjadi penentu sama ada Iraq mara ke Piala Dunia 2026 secara automatik atau perlu melalui pusingan playoff.

Indonesia, yang kali terakhir layak ke pusingan Piala Dunia pada 1938 (sebagai Hindia Timur Belanda) menamatkan kempen dengan tanpa sebarang mata. - REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD