DOHA, 10 Disember- Juara bertahan Piala Dunia, Perancis bakal berdepan England pada suku akhir hari ini, yang telah menyaksikan kejutan apabila pasukan pilihan, Brazil tersingkir ditangan Crotia.
Perancis yang bebas daripada siri kecederaan pemain utama, berazam mempertahankan kejuaraan yang dimiliki pada 2018 disamping mengharapkan bisa penyerang profilik, Kaylian Mbape yang kini mendahului senarai penjaring terbanyak kejohanan dengan lima gol.
"Mbapbe bakal jadi penentu kekuatan pasukan pada setiap masa", kata Didier Deschamps, jurulatih Perancis.
Sementara itu, pasukan England menjadi pasukan yang yang mempunyai jaringan terbanyak kejohanan dengan 12 gol setelah menewaskan Senegal 3-0 pada aksi 16 terbaik.
(Jurulatih Perancis, Didier Deschamps bersama Kylian Mbape ketika sesi latihan
pasukan berkenaan /AFP)
Pasukan berkenaan dilihat masih mencari-cari kejuaraan pertama sejak kali terakhir menjulang kejuaraan pada tahun 1966.
Skuad 'Three Lions' hampir ke perlawanan akhir pada 2018, namun ditewaskan Crotia pada perlawanan separuh akhir sebelum tewas pada penentuan penalti ditangan Itali pada perlawanan akhir kejohanan Eropah 2021.
"Perlawanan menentang Perancis adalah sesuatu yang besar bagi pasukan", kata Gareth Southgate jurulatih England.
"Kami sudah bersedia menentang Perancis bagi menempah tempat ke separuh akhir", kata Southgate kepada media.
Pemenang perlawanan diantara Perancis dan England bakal berentap dengan pemenang perlawanan Maghribi menentang Portugal pada separuh akhir nanti.-AFP