fb fb fb fb fb

Tite umum undur diri selepas Brazil tersingkir Piala Dunia

 (Tite sah undur diri selepas Brazil tersingkir Piala Dunia 2022/
Foto Ihsan FIFA)

DOHA, 10 Disember- Pengurus Brazil, Tite mengesahkan bahawa beliau akan meletak jawatan selepas pasukannya tewas kepada Croatia menerusi sepakan penalti pada saingan suku akhir Piala Dunia di Qatar pada Jumaat.

Tite, 61, yang mengendalikan pasukan Brazil sejak Julai 2016 mengumumkan hasratnya untuk berundur selepas Piala Dunia dan berkata keputusan itu tidak akan berubah.

"Ia adalah kekalahan yang menyakitkan dan saya berundur dengan aman," kata Tite kepada pemberita pada Jumaat.

Ini merupakan kali kedua Brazil tewas dalam penentuan sepakan penalti pada Piala Dunia, selepas mereka dibelasah oleh Perancis dengan cara sama pada peringkat suku akhir kejohanan 1986 di Mexico.

Tite, memenangi 61 daripada 81 perlawanannya dan tewas tujuh perlawanan, turut mengetuai Brazil merangkul kejuaraan Copa America 2019. -AFP

 (Tite mengendali pasukan Brazil sejak Julai 2016/
Foto Ihsan FIFA)

Media Baharu