fb fb fb fb fb

Piala Dunia 2022: Maghribi lakar sejarah negara Afrika pertama ke separuh akhir Piala Dunia

(FOTO AFP)

DOHA, 11 Disember - Skuad bola sepak Maghribi mencipta sejarah muncul pasukan pertama dari benua Afrika berjaya meneruskan kemaraan ke separuh akhir Piala Dunia FIFA di Qatar.

Maghribi meneruskan langkah ke separuh akhir selepas membenam pasukan Portugal 1-0 di stadium Al Thumama.

Pasukan kendalian Walid Regragui memimpin perlawanan menerusi tandukan Youssef En-Nesyri pada minit ke-42.

Pada separuh masa pertama pasukan Maghribi dilihat memulakan permainan dengan agak pantas serta melancarkan beberapa serangan ke gawang gol Portugal.

(Penyerang Maghribi, Youssef En-Nesyri (kiri) menanduk bola untuk menjaringkan gol
pertama pasukannya dalam perlawanan suku akhir antara Maghribi dan Portugal
di Stadium Al-Thumama / FOTO AFP)

Serangan bertubi-tubi Maghribi terbukti berhasil apabila Youssef En-Nesyri berjaya mengegarkan stadium apabila menjaringkan gol dengan melompat tinggi mengatasi penjaga gol Portugal, Dio-go Costa dan pemain pertahanan, Ruben Dias untuk meletakkan Maghribi di depan.

Penyerang Portugal, Jo-ao Felix mempunyai dua peluang untuk meletakkan pasukannya di depan, namun ketangkasan penjaga gol Maghribi, Yassine Buno menyelamatkan keadaan pada minit ke-31.

Bruno Fernandes juga mempunyai peluang untuk menyamakan kedudukan sebelum rehat, namun rembatannya dari sebelah kanan padang hampa apabila terkena palang.

Pemain utama Portugal,Cristiano Ronaldo yang dimasukkan di awal babak kedua mempunyai peluang di akhir permainan untuk menjaringkan gol buat Portugal, namun Buno sekali lagi pantas menyelamatkan keadaan.

Maghribi sebelum ini menampilkan persembahan memukau dengan menewaskan pasukan No. 2 Dunia, Belgium di peringkat kumpulan dan menyingkirkan juara Piala Dunia 2010, Sepanyol pada pusingan 16 terbaik.-AFP

Media Baharu