fb fb fb fb fb

Piala Dunia 2022: Jaringan Giroud bawa Perancis ke separuh akhir

(FOTO IHSAN FIFA)

DOHA,11 Disember- Tandukan Olivier Giroud 12 minit sebelum tamat perlawanan mengekalkan Perancis dalam misi mempertahankan kejuaraan di Piala Dunia kali ini dengan kemenangan mengatasi England 2-1 di suku akhir.

Perancis terlebih dahulu membuka jaringan perlawanan melalui rembatan padu dari luar kotak penalti oleh Aurelien Tchouameni pada minit ke-17 sebelum England menyamakan kedudukan pada separuh masa kedua melalui sepakan penalti yang disempurnakan oleh Harry Kane pada minit ke-54.

Jaringan tersebut terhasil setelah Aurelien Tchouameni mengasari pemain England, Bukayo Saka di dalam kotak penalti.


(Aksi Pertahanan England, Harry Maguire (kiri) dan Penyerang Perancis, Olivier Giroud
(kanan) ketika perlawan suku akhir Piala Dunia 2022 di Qatar/ Foto Ihsan FIFA)

Giroud menjadi wira Perancis apabila menyempurnakan tandukan hasil hantaran Antoine Griezmann.

England berpeluang menyamakan kedudukan setelah dihadiahkan sepakan penalti sekali lagi.

Harry Kane gagal menyempurnakan sepakan tersebut menyaksikan England berputih mata pada kejohanan kali ini.

Ketiadaan Brazil dan England menyaksikan Perancis muncul pasukan pilihan bagi mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada 2018 di Rusia.-AFP

Media Baharu