DOHA, 24 November- Bintang Manchester City dan Belgium, Kevin De Bruyne berasa hiran setelah dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan ketika pasukannya menewaskan Kanada dalam aksi piala dunia sambil mengatakan dia tidak tahu mengapa dia diberi trofi berkenaan.
" Saya tidak rasa bermain dengan baik. Saya tidak tahu kenapa saya memenangi anugerah tersebut, kata pemain tengah Manchester City itu.
De Bruyne menjelaskan pasukan Belgium tidak bermain baik pada perlawanan tersebut dan tenggelam punca.
(Aksi Kevin De Bruyne selepas tamat aksi perlawanan /AFP)
Hanya pada separuh masa kedua permainan, Belgium kembali menemui rentak perlawanan dan menyerap asakan daripada pasukan Kanada.
"Pada masa separuh kedua, kami berjaya menyerap asakan kanada dan mempunyai banyak ruang. Tetapi kami tidak bermain dengan baik. Namun, sekurang-kurangnya kami menang",tambahnya lagi.
Dalam perlawanan semalam, Kanada mempersia-siakan deretan peluang termasuk sepakan penalti Alphonso Davies pada perlawanan pertama piala dunia negara tersebut sejak 1986.
Belgium akan bertemu Maghribi dalam perlawanan kedua ahad ini. Manakala kanada bakal berdepan naib juara piala dunia 2018, Crotia.