fb fb fb fb fb

Piala Dunia 2022: Croatia singkirkan juara lima kali Brazil

(FOTO IHSAN FIFA)

DOHA, 10 Disember- Croatia mengejutkan Brazil dalam aksi penentuan penalti penuh dramatik sebentar tadi untuk mara ke separuh akhir Piala Dunia.

Perlawanan berakhir 1-1 dengan Neymar membuka tirai jaringan selepas masa tambahan dan Bruno Petkovic menyamakan kedudukan tidak lama selepas itu.

Perlawanan kemudiannya terpaksa ditentukan menerusi sepakan penalti.

Croatia, finalis Piala Dunia 2018 di Rusia, menang dengan penentuan 4-2.

Sepakan penalti yang diambil Marquinhos terkena tiang apabila dia terpaksa menjaringkan gol untuk mengekalkan Brazil selepas percubaan awal Rodrygo telah diselamatkan oleh penjaga gol Dominik Livakovic.

Croatia menyempurnakan keempat-empat penalti mereka.

Livakovic, yang sekali lagi memainkan peranan besar selepas kepahlawanannya menentang Jepun, berkata: "Kami dibesarkan sebagai pejuang. Kami tidak terlalu berusaha keras, kami sentiasa memberikan yang terbaik dan itulah resipi kami untuk berjaya."

Pasukan Croatia yang dibimbing oleh Zlatko Dalic terdahulu turut mencatat kemenangan menerusi penentuan sepakan penalti  ke atas Jepun dan kemenangan ke atas Brazil mungkin menjadi pencapaian terbesar mereka.

Brazil perlu menunggu sekurang-kurangnya empat tahun lagi untuk gelaran keenam yang diidam-idamkan itu.

Sementara itu, jurulatih Croatia Zlatko Dalic berkata “kemenangan ini bukan penamat”.

“Ini adalah kemenangan bagi rakyat Croatia,” kata Dalic. “Perlawanan yang hebat. Kami menyingkirkan pasukan pilihan utama.

"Ini adalah Croatia, kebanggaan, keberanian, kepercayaan dan semangat patriotisme."

Beliau berkata pasukannya telah menyahut cabaran apabila berada bawah tekanan paling hebat.

"Croatia adalah yang terbaik apabila ia diperlukan. Apabila ia penting, Croatia sentiasa berjaya. Tiada siapa yang harus memandang rendah kami.

"Ini bukan penamat, kami akan tersukan perjuangan. Kami boleh mencapai lebih banyak kejayaan.“ -AFP


(FOTO IHSAN FIFA)

Media Baharu