fb fb fb fb fb

Piala Dunia 2022: Brazil, Portugal layak ke pusingan 16 terakhir

(FOTO AFP)

DOHA, 29 November - Brazil dan Portugal mengesahkan tempat ke pusingan 16 terakhir selepas mencatat kemenangan kedua awal pagi tadi.

Pada saingan tersebut, Portugal menewaskan Uruguay 2-0 manakala Brazil melakar kemenangan tipis 1-0 ke atas Switzerland.

Berlangsung di Stadium Lusail yang berkapasiti 89,000 penonton, Bruno Fernandes meledak dua gol untuk memastikan tiga mata berharga buat Portugal bagi mengukuhkan kedudukan dalam kumpulan H.

Pemain tengah Manchester United itu membuka tirai jaringan pada minit ke-54 sebelum menambah jaringan menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan.

Dengan Portugal sudah pun mara, kini Uruguay perlu menewaskan Ghana dalam aksi terakhir Kumpulan untuk menghidupkan peluang ke pusingan kalah mati.

(Pemain-pemain Brazil meraikan jaringanĀ gol pertama mereka pada aksi kumpulan
G Piala Dunia 2022 antara Brazil dan Switzerland / FOTO AFP)

Sementara itu di stadium 974 Ras Abu Aboud, pasukan Brazil tampak kurang menyerlah tanpa kehadiran Neymar yang masih dalam proses rawatan kecederaan.

Pemain tengah, Casemiro muncul penyelamat pasukan apabila menjaringkan gol tunggal dan kemenangan Selecaou pada lewat permainan untuk mengesahkan tempat ke pusingan kalah mati.

Anak buah Tite yang mengutip enam mata bakal menutup tirai kumpulan G dengan menentang Cameroon Sabtu ini.

Manakala Switzerland di tangga kedua dengan tiga mata perlu menang ke atas Serbia untuk mencerahkan peluang ke pusigan seterusnya.-AFP

Media Baharu