fb fb fb fb fb

Piala Dunia 2022: Maghribi kejutkan Belgium

(FOTO AFP)

DOHA, 28 November - Pasukan Maghribi mengukuhkan kedudukan dalam Kumpulan F bagi saingan Piala Dunia 2022 selepas mengejutkan pasukan Belgium, 2-0 di Stadium Al Thumama, di sini.

Ia adalah kemenangan pertama buat The Atlas Lions yang sebelum ini seri tanpa jaringan berhadapan Croatia pada aksi pembukaan.

Dua gol yang terhasil hadir di babak kedua selepas separuh masa pertama berakhir tanpa sebarang jaringan.

Abdelhamid Sabiri meletakkan Maghribi di hadapan pada minit ke-73 hasil sepakan percuma.

(Pemain Maghribi, Hakim Ziyech (kiri) melarikan bola daripada pemain Belgium, Timothy
Castagne pada perlawanan bola sepak Piala Dunia 2022 Kumpulan F di Stadium Al
Thumama, Doha/AFP)

Jaringan berkenaan berjaya memperdayakan penjaga gol Belgium, Thibaut Courtois.

Gawang Courtois sekali lagi bolos, kali ini di penghujung babak perlawanan.

Gol berkenaan bermula dengan sepakan penjaga gol Maghribi, Munir Mohand Mohamedi sebelum Hakim Ziyech berjaya mendapat bola dan disudahkan Zakaria Aboukhlal.

Maghribi akan berhadapan Kanada pada perlawanan terakhir kumpulan manakala Belgium perlu meraih 3 mata berhadapan Croatia.

Media Baharu