fb fb fb fb fb

Muhammad Syafiq-Nur Dhabitah raih emas Grand Prix Terjun FINA

(Aksi Muhammad Syafiq Puteh-Nur Dhabitah Sabri pada kejohanan Grand Prix Terjun Persekutuan 
Renang Antarabangsa di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil) 

KUALA LUMPUR, 28 November - Gandingan penerjun negara, Muhammad Syafiq Puteh-Nur Dhabitah Sabri berjaya meraih emas pada saingan akhir acara tiga meter papan anjal seirama campuran Grand Prix Terjun Persekutuan Renang Antarabangsa (FINA) di Pusat Akuatik Nasional Bukit Jalil, di sini.

Pasangan tersebut berjaya menewaskan pasangan dari Australia, Alysha Koloi-Lachlan Cronin dan Kang Minhyuk-Kim Nahyun dari Korea selatan.

Muhammad Syafiq bersyukur mampu mempersembahkan terjunan mantap walaupun keputusan berganding dengan Nur Dhabitah dibuat pada saat-saat akhir.


(Gandingan penerjun negara, Muhammad Syafiq Puteh-Nur Dhabitah Sabri berjaya meraih emas
pada saingan akhir acara tiga meter papan anjal seirama campuran Grand Prix Terjun
Persekutuan Renang Antarabangsa)  

"Sebelum ini saya dah usaha untuk individu lepas itu lagi seminggu sebelum kejohanan saya rasa tak kan nak tarik diri terus kan..jadi saya ambil keputusan, saya cakap dengan jurulatih yang saya nak main sekurang-kurangnya satu acara 'mix synchro' dengan Dabitah, ini pun 'last minute' sebenarnya," kata beliau ketika ditemui media selepas majlis penyampaian pingat.

Sementara itu, Nur Dhabitah yang meraih tiga emas berpuas hati apa bila segala kerja kerasnya membuahkan hasil.

"Cabaran yang paling 'obvious', tiga 'event' dalam masa satu hari, selalunya paling-paling pun dua 'event' lah, tiga 'event' tak pernah lagi," jelas beliau.

Media Baharu