fb fb fb fb fb

Piala Asia : Pan Gon puji prestasi pemain HM

FOTO FB FAMalaysiaOfficial

DOHA, 26 Januari - Ketua Jurulatih Kebangsaan Kim Pan Gon memuji prestasi cemerlang Harimau Malaya selepas berjaya mencatat keputusan seri 3-3 menentang juara dua kali Korea Selatan di Stadium Al Janoub, pada malam tadi (Khamis).

Keputusan itu juga membolehkan Malaysia meraih satu mata dalam perlawanan terakhir Kumpulan E.

Menurut Pan Gon, beliau turut berterima kasih kepada kerajaan Malaysia, Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), kelab dan penyokong tempatan atas sokongan berterusan terhadap Harimau Malaya.

Dalam masa sama beliau turut akui sukar untuk memotivasikan pemainnya menjelang perlawanan menentang Korea Selatan selepas gagal mara ke pusingan 16 terbaik

Ini merupakan pertembungan kedua Malaysia dan Korea Selatan di peringkat kumpulan Piala Asia selepas kedua-dua pasukan terikat 1-1 pada edisi 1980 di Kuwait.

Kali terakhir kedua-dua pasukan bertemu dalam perlawanan kompetitif adalah pada pusingan kelayakan Piala Dunia menyaksikan Malaysia tumpas 0-3 pada 1989.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD