fb fb fb fb fb

Piala Asia: Misi 'hidup mati' Harimau Malaya malam ini

Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Kim Pan Gon dan pemain pertahanan Malaysia, Shahrul Saad/FOTO FAM

DOHA, 20 Januari - Skuad Harimau Malaya wajib menang berdepan Bahrain malam ini seandainya ingin mencerahkan peluang mara ke pusingan 16 terbaik.

Komitmen penuh skuad kendalian Kim Pan Gon terutama barisan pertahanan dituntut untuk memperoleh keputusan positif.

Bagi Pemain Pertahanan Negara, Mohd Shahrul Mohd Saad, beliau akui aksi menentang Bahrain adalah perlawanan hidup dan mati pasukannya.

"Tetapi bagi saya kita perlu bertahan bersama dan menyerang bersama, tidak boleh membiarkan mereka menguasai permainan, perlu memberi tekanan kepada mereka.

"Seperti yang saya katakan ini adalah misi hidup atau mati. Kita tidak mempunyai pilihan yang kita perlu berikan apa yang kita ada," katanya.

Shahrul berkata demikian dalam sesi sidang media menjelang perlawanan kedua Kumpulan E, Piala Asia 2023 di antara Malaysia menentang Bahrain di Main Media Centre (MMC), Msheireb Downtown Doha, Qatar, malam tadi.

Perlawanan akan berlangsung di Stadium Jassim Bin Hamad menjelang jam 5.30 petang hari ini (10.30 malam, waktu Malaysia) dan akan disiarkan secara langsung melalui Sukan TV RTM, Astro Arena dan TV Okey.

Sementara itu, kehadiran Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh pada sesi latihan skuad kebangsaan semalam, dijangka menyuntik semangat skuad kebangsaan.

Berdasarkan rekod, Malaysia tewas kepada Bahrain dalam tiga perlawanan terakhir sejak 2013.

GRACE AISYAH KEDAYAN