fb fb fb fb fb

Piala Asia: Klinsmann harap Korea Selatan mampu akhiri kemarau kejuaraan

Jurulatih Korea selatan, Jurgen klinsmann/FOTO REUTERS

SEOUL, 28 Disember- Jurulatih Korea Selatan, Jurgen Klinsmann mengharapkan ketua pasukan, Son Heung-min dan barisan pemainnya yang berpengkalan di Eropah bagi mengakhiri kemarau kejuaraan Piala Asia buat kali pertama dalam tempoh 64 tahun.

Klinsmann turut menyenaraikan pertahanan Bayern Munich, Kim Min-jae, pemain tengah Paris Saint Germain (PSG), Lee Kang-in dan penyerang Wolverhampton Wanderers' Hwang Hee-chan dalam usaha bagi memenangi kejuaraan sejak 1960.

"Apabila anda melihat senarai dan anda merangka sebuah pasukan, saya fikir anda boleh berbangga sebagai peminat dan wartawan Korea," kata Klinsmann pada sidang media di Seoul pada Khamis.

“Kami mempunyai banyak variasi yang berbeza dan itu menjadikan kami sebagai antara pasukan pilihan untuk Piala Asia kali ini.

"Apa yang perlu kami lakukan ialah memperhalusi elemen ini dalam beberapa minggu akan datang dan kemudian pergi ke kejohanan dengan yakin untuk memenangi kejuaraan", kata Klinsmann.

Korea Selatan dikenali sebagai salah satu kuasa bola sepak di rantau Asia.

Pasukan tersebut sering melayakkan diri pada setiap edisi Piala Dunia bermula tahun 1986 dan hampir membuat kejutan selepas mara ke separuh akhir Piala Dunia 2002.

Namun disebalik kecemerlangan rekod berkenaan, pasukan Korea Selatan mempunyai rekod yang buruk pada pertandingan serantau dengan kali terakhir melakukannya pada tahun 1960.

Kali terakhir Korea Selatan mara ke final Piala Asia adalah pada 2015, namun dikecewakan pasukan Australia pada masa tambahan.

"Persaingan seperti ini adalah mengenai masa," kata Klinsmann, yang pasukannya akan menentang Bahrain dalam perlawanan pembukaan peringkat kumpulan pada 15 Januari sebelum menentang Jordan dan Malaysia.

"Saya mempunyai perasaan yang baik kerana (pemain) bermain dengan baik di kelab mereka, mereka sihat, mereka cergas, mereka bercita-cita tinggi dan mereka sangat lapar. Ini adalah asas untuk bermain kejohanan yang baik", kata Klinsmann lagi.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD