LONDON, 28 Disember- Jaringan minit akhir oleh Noni Medueke menerusi sepakan penalti membolehkan Chelsea menang 2-1 ke atas Crystal Palace sekali gus memberikan keceriaan kepada skuad 'The Blues' yang mempamerkan prestasi buruk sepanjang tahun 2023.
Pada perlawanan yang dilangsungkan di stamford Bridge pada Rabu, Chelsea dilihat mendominasi separuh masa pertama dengan beberapa percubaan, namun gagal menembusi kekebalan gawang Crystal Palace.
Hanya pada minit ke-13, Chelsea membuka jaringan menerusi Mykhailo Mudryk yang menyempurnakan umpanan menarik oleh Christopher Nkunku.
Tuan rumah, Chelsea ternyata semakin bersemangat bagi memburu gol kedua dengan melancarkan asakan ke kubu Crystal Palace, namun dikejutkan dengan gol penyamaan Crystal Palace menerusi Olise pada minit akhir sebelum rehat berpunca hasil kesilapan pertahanan Chelsea.
Bersambung babak kedua, kedua-dua pasukan saling berbalas serangan, namun gagal menambah jaringan.
Peluang Chelsea menambah jaringan akhirnya tiba apabila dianugerahkan sepakan penalti selepas pemainnya, Noni Medueke dikasari dalam kotak penalti.
Medeuke menyempurnakan sepakan penalti berkenaan bagi gol kemenangan tuan rumah, Chelsea.
Kemenangan tersebut meletakkan Chelsea di tangga ke-10 liga dengan 25 mata, manakala Crystal Palace pula di tangga ke-15, tiga mata di ambang zon penyingkiran.-AFP