LONDON, 28 Disember - Manchester City bangkit di saat akhir selepas ketinggalan kepada Everton bagi memenangi perlawanan 3-1 pada Rabu.
Kemenangan tersebut sekali gus meletakkan skuad yang digelar 'The Citizen' itu kini berada lima mata di belakang pendahulu liga, Liverpool.
Skuad bimbingan Pep Guardiola yang berusaha mencatat kejuaraan kali keempat Liga Perdana Inggeris ketinggalan pada minit ke-20, hasil jaringan Jack Harrison bagi memberikan gol pendahuluan buat pasukan tuan rumah, Everton.
Gol berkenaan menceriakan penyokong tuan rumah yang membanjiri Goodison Park.
Bersambung babak kedua, pemain Manchester City, Phil Foden kembali menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-53, sebelum melebarkan kedudukan 2-1 menerusi sepakan penalti pada minit ke-64 yang berjaya disempurnakan oleh Julian Alvarez.
Bernardo Silva melengkapkan kebangkitan Manchester City apabila memanfaatkan kesilapan penjaga gol Everton, Pickford dengan gol ketiga pada minit ke-86.-AFP