DOHA, 15 Januari- Bekas penyerang Liverpool, Takumi Minamino membantu kejayaan Jepun bangkit menewaskan Vietnam 4-2 pada perlawanan pembukaan Kumpulan D di Stadium Al Thumama pada Ahad.
Pemain berusia 28 tahun itu menjaringkan dua gol selain demi memastikan skuad Samurai Biru meraih kemenangan pada perlawanan itu.
Skuad kendalian Hajime Moriyasu tidak menunggu lama untuk berada di hadapan selepas Minamino meledak gol dalam kotak penalti pada mint ke-11.
Bagaimanapun, lima minit kemudian Jepun dikejutkan dengan gol penyamaan Vietnam hasil tandukan cantik penyerang Nguyen Dinh Bac.
Jaringan tersebut nyata membakar semangat Vietnam dan mendahului perlawanan apabila Pham Tuan Hai mudah menolak bola tampanan kurang kemas Zion Suzuki pada minit ke-33.
Minamino sekali lagi merembat ke penjuru kiri gawang lawan, untuk menyamakan kedudukan.
Jepun kembali mendahului perlawanan 3-2 menerusi rembatan lencong dari luar kotak penalti Keito Nakamura pada masa kecederaan.
Pemain gantian, Ayase Ueda memanfaatkan peluang pada minit ke-85 sekali gus mengesahkan kemenangan.
Jepun bakal bertemu juara 2007, Iraq manakala Vietnam pula akan bertemu Indonesia dalam aksi kedua kumpulan pada 19 Januari nanti.-AFP