fb fb fb fb fb

Piala Asia B23 beri cabaran buat pasukan kebangsaan

KUALA LUMPUR, 17 Februari- Skuad muda Malaysia bakal berdepan tugas sukar dalam Kejohanan Piala Asia Bawah 23 Tahun 2022 apabila diundi bersama juara bertahan Korea Selatan dalam Kumpulan C.

Kejohanan itu dijadualkan berlangsung di Uzbekistan pada 1 hingga 19 Jun depan.

Selain Korea yang merupakan juara edisi 2020, turut diundi bersama skuad B-23 negara dalam kumpulan C ialah Thailand dan naib juara 2018, Vietnam.

Tuan rumah, Uzbekistan diundi dalam Kumpulan A bersama Iran, Qatar dan Turkmenistan.

Australia, Jordan, Iraq dan Kuwait pula diundi dalam kumpulan B.

Manakala Arab Saudi, UAE, Jepun dan Tajikistan dalam kumpulan D.

Ini bakal menjadi penampilan kedua Malaysia dalam kejohanan yang diadakan secara dwitahunan berkenaan.

Pencapaian terbaik skuad negara ialah layak ke suku akhir pada edisi 2018 sebelum tewas 1-2 kepada Korea Selatan.

Media Baharu