FOTO AFP
SILVERSTONE, 17 Februari- Aston Martin menjadi pasukan pertama mencuba jentera baharu di litar dalam sesi ujian pramusim 2022 di Silverstone pada Jumaat lepas.
Jentera AMR-22 itu dipandu uji dua pelumbanya, Sebastian Vettel dan Lance Stroll.
Dikenali sebagai AMR-22, jentera baharu Aston Martin itu direka mengikut spesifikasi baharu yang ditetapkan penganjur Formula 1 termasuk dalam aspek aerodinamik.
Selain itu, ia turut menyaksikan pembaharuan dalam aspek tayar yang lebih besar berbanding sebelumnya.
Jentera Aston Martin itu turut menampilkan logo dan lambang baharu dengan tambahan jenama Aramco yang menjadi penaja bersama buat pasukan yang berpangkalan di Britain itu. -AFP