fb fb fb fb fb

Andy Murray kecundang ditangan Roberto Bautista Agut

GAMBAR REUTERS

DOHA, 17 Februari- Bekas pemain nombor 1 dunia, Andy Murray ditunjukkan jalan keluar oleh pemain Sepanyol, Roberto Bautista Agut pada Terbuka Qatar selepas tewas mudah 6-0, 6-1 di pusingan kedua awal pagi tadi.

Murray yang juga juara dua kali kejohanan ini, gagal mengulangi momentum cemerlang ketika menewaskan pemain Jepun, Taro Daniel kelmarin apabila tumpas kepada Bautista Agut dalam masa kurang satu jam.

Pemain berusia 34 tahun itu menang mudah 6-0 di set pertama dan cuba bangkit dengan memenangi satu permainan di set kedua.

Namun, Bautista Agut terus mendominasi pertarungan untuk melengkapkan kemenangan 6-1.

Ini kekalahan besar pertama Murray sejak tunduk dengan keputusan sama kepada Roger Federer pada Final ATP di London pada 2014.

Manakala Bautista Agut yang juga pilihan kedua kejohanan, dijadual bertemu rakan senegara, Alejandro (ALEY-HANDRO) Davidovich Fokina di suku akhir. -AFP

Media Baharu