fb fb fb fb fb

RTM penyiar rasmi MHL 2022



KUALA LUMPUR, 17 Februari- Menjelang aksi Liga Hoki Malaysia (MHL)2022, Radio Televisyen Malaysia (RTM) terus menyokong perkembangan sukan hoki tempatan apabila menjadi penyiar rasmi kesemua 30 perlawanan.

MHL 2022 akan membuka tirainya dengan perlawanan Piala Sumbangsih pada esok.

Presiden Konfederasi Hoki Malaysia (KHM), Datuk Seri Subahan Kamal berharap kerjasasama ini dapat meningkatkan lagi perkembangan hoki tanah air.

"RTM mempunyai satu platform yang memberi impak positif kepada penonton, sekaligus menaikkan anak muda dan pemain hoki negara yang berentap dalam liga kali ini,

"Saya berharap RTM dapat memancarkan siaran ini ke dalam saluran laman web rasmi KHM bagi memastikan ia dapat ditonton seluruh dunia," jelasnya selepas meninjau persiapan akhir Kejohanan MHL 2022 di ibu negara.

Tambah beliau, pada edisi lepas KHM menganjurkan liga hoki secara gelembung sukan, namun tahun ini ia dijalankan secara timbal balik di semua negeri yang mengambil bahagian.

Media Baharu