(Malaysia tewas ke atas Yaman, 4-0 dalam aksi malam tadi)
BANGKOK, 15 Jun- Skuad bola sepak Bawah 17 tahun negara berdepan laluan sukar dalam misi mara ke suku akhir kejuaraan Piala Asia B17 apabila dikalahkan Yaman, 4-0 dalam aksi Kumpulan A di Stadium Thammasat di sini, malam tadi.
Gawang negara bolos pada minit ke-21 hasil jaringan Abdulrahman Al Khader Abdulnabi.
Yaman terus garang menyumbat gol kedua pada 10 minit kemudian menerusi Adel Abbas Qasem bagi membolehkan pasukan itu mendahului 2-0 sebelum tamat babak pertama.
Malaysia yang masih mencari rentak bolos buat kali ketiga pada minit ke-48 selepas Anwar Hussein Abdullah Al Turaiqi menyempurnakan sepakan penalti.
Gol keempat Yaman kemudian meledak pada minit akhir perlawanan menerusi jaringan Adib Ibrahim.
Malaysia akan berdepan tuan rumah, Thailand di Stadium Pathum Thani pada Ahad ini sebelum menghadapi perlawanan terakhir kumpulan berdepan Laos pada 21 Jun ini.
(Malaysia tewas ke atas Yaman, 4-0 dalam aksi malam tadi)