KUALA LUMPUR, 21 Februari- Skuad Harimau Malaya akan memulakan kempen pusingan ketiga Kelayakan Piala Asia 2027 di laman sendiri untuk aksi pertama Kumpulan F menentang Nepal.
Perlawanan dijadual berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri di Johor pada 25 Mac ini.
Perkembangan itu disahkan Setiausaha Agung Konfederasi Bolasepak Asia (AFC), Datuk Seri Windsor Paul.
Keputusan tersebut dibuat selepas menerima permohonan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) untuk menganjurkan perlawanan di stadium ikonik milik Johor Darul Ta’zim itu.
AFC tidak mempunyai halangan memandangkan Stadium Sultan Ibrahim sudah mendapat kelulusan sebagai venue rasmi bagi saingan Liga Juara-Juara AFC Elite musim ini.
Dalam aksi pusingan ketiga kelayakan Piala Asia 2027, Malaysia diundi bersama Vietnam, Nepal dan Laos.