fb fb fb fb fb

Piala Asia 2025: Speedy Tigers tewaskan China

Kemenangan itu meletakkan anak buah Sarjit Singh setakat ini berada di kedudukan teratas dengan tiga mata. Foto MHC

KUALA LUMPUR, 3 September - Skuad negara melakar kemenangan dalam perlawanan pertama ‘Super Four’ pada Kejohanan Hoki Piala Asia 2025 di Bihar, India dengan menewaskan China 2-0.

Dalam aksi di Stadium Hoki Universiti Sukan Bihar itu, kedua-dua pasukan gagal memecah kebuntuan untuk mencipta gol pada separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Syed Mohamad Syafiq Syed Cholan meletakkan Malaysia selesa mendahului selepas menyempurnakan jaringan pukulan sudut penalti pada minit ke-45.

Di suku terakhir permainan, Malaysia berjaya menambah satu gol padang menerusi Mohamad Akhimullah Anuar Esook pada minit ke-47 sekali gus mengesahkan kemenangan skuad Speedy Tigers.

Kemenangan itu meletakkan anak buah Sarjit Singh setakat ini berada di kedudukan teratas dengan tiga mata.

Malaysia dijadualkan bertemu India esok dan Korea Selatan dua hari kemudian

Dua pasukan terbaik pada pusingan Super Four layak ke final kejohanan.-Bernama

JALALUDDIN BIN BAHARIN