fb fb fb fb fb

Piala Asia 2023: Qatar mula langkah kanan

FOTO FB AFCAsianCup

DOHA, 13 Januari - Tuan rumah, Qatar memulakan kempen Piala Asia dengan bergaya selepas menumpaskan Lubnan 3-0 pada Jumaat.

Pada saingan yang berlangsung di Stadium Lusail itu, gol pertama skuad kendalian Tintin Marquez dijaringkan oleh pemain tengah, Akram Afif pada minit ke-45.

Penjaring terbanyak pada edisi 2019, Almoez Ali kemudian menjadikan kedudukan 2-0 pada minit ke-56.

Akram Afif sekali lagi menceriakan penyokong tuan rumah dengan gol ketiga pasukan pada masa kecederaan babak kedua.

Kemenangan selesa membolehkan Qatar berada di kedudukan teratas kumpulan A.

Dua lagi pasukan China dan Tajikistan akan bertemu pada aksi yang dijadualkan malam ini (Sabtu).

Terdahulu upacara pembukaan kejohanan diadakan penuh gilang-gemilang dan turut dihadiri Emir Qatar, Sheikh Tamim bin Hamad al-Thani dan presiden FIFA, Gianni Infantino.

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD