LONDON, 13 Januari - Pengurus Manchester City, Pep Guardiola mendedahkan penyerang sensasi pasukan berkenaan, Erling Haaland bakal disisihkan sehingga hujung bulan Januari susulan kecederaan betis yang dialaminya.
Haaland sebelum ini telah terlepas lapan perlawanan selepas mengalami kecederaan betis pada Disember lalu sekali gus menyukarkan harapan "the Citizien' bagi mempertahankan kejuaraan Liga Perdana Inggeris yang dimenangi musim lepas.
Guardiola mengharapkan agar penyerang berusia 23 tahun itu dapat kembali beraksi pada Tahun Baharu lalu, namun kecederaan pemain antarabangsa Norway itu bertambah buruk daripada jangkaan.
Haaland belum lagi dapat menjalani latihan sepenuhnya dan keaadan tersebut membimbangkan Manchester City.
Pengurus berasal dari Sepanyol itu berharap bintang Norway itu dapat pulih segera sebelum pasukan berkenaan terbang ke Abu Dhabi kem latihan musim panas selepas perlawanan menentang Newcastle pada Sabtu.
"Terdapat sedikit masalahdi kakinya.
"Doktor memutuskan untuk berehat selama seminggu dan mungkin dia cergas di Abu Dhabi.
"Harap hujung bulan ini dia akan bersedia. Ia lebih sedikit daripada yang kami jangkakan pada awalnya", kata Guardiola kepada pemberita pada Jumaat.
Haaland menjaringkan 52 gol musim lalu ketika musim pertamanya dan memenangi gelaran treble bersama City dan telah menjaringkan 19 gol musim ini.-AFP