fb fb fb fb fb

AFCON 2023: Guinea Bissau tekad cipta kejutan

Jurulatih Guinea Bissau, Baciro Cande/ FOTO REUTERS

ABIDJAN, 13 Januari - Pasukan kerdil, Guinea Bissau berazam untuk mencatatkan kemenangan pertama pada Kejohanan Piala-Piala Negara Afrika (AFCON) 2023 apabila bakal menentang tuan rumah, Ivory Coast pada perlawanan pembukaan pada Ahad.

Jurulatih Guinea Bissau, Baciro Cande melahirkan keyakinan terhadap kemampuan anak-anak buahnya bagi meraih kemenangan tersebut.

Guine Bissau yang mempunyai populasi penduduk antara yang terkecil dengan hanya satu juta orang berjaya mengenepikan masalah seperti infrastruktur sukan yang kurang dan kedudukan ranking pasukan yang jauh lebih rendah dengan membina skuad yang dibarisi ramai pemain yang beraksi di  serata Eropah.

Tindakan tersebut membuahkan hasil apabila Guinea Bissau berjaya mara kepusingan akhir kejohanan Piala-Piala Negara Afrika (AFCON) buat kali keempat berturut-turut.

Pada edisi 2017 di Gabon, pasukan Guinea Bissau ketika itu seri dengan pasukan tuan rumah, 1-1 pada perlawanan pembukaan.

Namun, pasukan berkenaan tewas semua perlawanan peringkat kumpulan pada tiga edisi AFCON berikutnya.

"Kami berada dalam kumpulan sukar atau kumpulan maut menentang pasukan yang kuat", kata jurulatih Guinea Bissau, Baciro Cande pada sidang media.

"Pasukan Ivory Coast bermain dengan pemain berkelas dunia di Liga Eropah. Manakala Nigeria turut menampilkan pasukan yang mantap.

"Namun, saya percaya kepada kemampuan pasukan saya bagi mencatatkan keputusan baik pada kejohanan kali ini", kata Cande lagi.

Pada kejohanan kali ini, Guinea Bissau diletakkan bersama Equatorial Guinea, Nigeria dan Ivory Cost dalam kumpulan A.-REUTERS

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD