fb fb fb fb fb

Piala AFF 2023: Harimau Malaya patut dapat sepakan percuma- Subkhiddin

(FOTO RTM)

KUALA LUMPUR, 28 Disember-Pengadil berpengalaman negara, Subkhiddin Mohd. Salleh berpendapat kekalahan 0-3 Malaysia kepada Vietnam harus diterima dengan hati terbuka.

Bagaimanapun keputusan penalti yang dihadiahkan oleh pengadil perlawanan Ryuji Sato kepada Vietnam boleh dipertikaikan.

Jelas Subkhidin, Sato wajar melihat kekasaran pertama yang dilakukan pemain Vietnam, Doan Van Hau terhadap pertahanan Malaysia, Azam Azmi Murad terlebih dahulu sebelum melihat kesalahan kedua yang dilakukan Azam ke atas Van Hau.

Jelasnya senario pertama iaitu kad merah ke atas Azam memang wajar atas kesalahan tindakan pemain pertahanan itu kepada penyerang lawan di luar padang.

Bagaimanapun, senario kedua iaitu kesalahan pemain Vietnam menolak Azam di dalam kawasan penalti Malaysia tetap perlu diambi kira, sekali gus keputusan yang tepat ialah sepakan percuma diberikan kepada skuad negara.

Beliau bagaimanapun menegaskan, keputusan perlawanan itu sudah muktamad dan sebarang rayuan yang mahu dilakukan Malaysia tidak akan mengubah keputusan tersebut.

Pada perlawanan kelmarin, pasukan negara terpaksa akur dengan kekalahan 3-0 dalam perlawanan yang berlangsung di di Stadium My Dinh, Hanoi.


(FOTO RTM)

Media Baharu