fb fb fb fb fb

Dua pemenang pingat angkat berat Sukma ke-20 positif doping

(FOTO RTM)

JOHOR BAHARU, 29 Disember-Agensi Anti Doping Malaysia (Adamas) mengesahkan dua pemenang pingat acara angkat berat pada temasya itu positif bahan terlarang jenis ‘anabolic androgenic steroid’.

Menurut Presiden Persekutuan Angkat Berat Malaysia (PABM) Datuk Ayub Rahmat, salah seorang daripada dua atlet lelaki itu pernah dicadangkan untuk digantung daripada SUKMA 2022.

Jelas beliau, PABM menerima keputusan doping tersebut menerusi surat daripada Adamas bertarikh 23 Disember.

Kedua-duanya didapati positif doping steroid yang diklasifikasikan sebagai S1 dalam senarai bahan terlarang Agensi Anti-Doping Dunia (WADA).

Adamas juga telah menghantar surat kepada dua atlet berkenaan, yang mana mereka mempunyai 14 hari untuk membuka sampel B sebelum 10 Januari 2023.

Sebelum ini, tiga atlet angkat berat dari Terengganu dan Perlis, gagal ujian doping beberapa hari sebelum temasya sukan itu bermula.


(FOTO HIASAN /FOTO RTM)

Media Baharu