fb fb fb fb fb

Liga Perdana Inggeris: Havertz harap kemenangan bertemu Bournemouth sebagai isyarat kebangkitan Chelsea

(FOTO AFP)

LONDON, 29 Disember-Penyerang Chelsea, Kai Havertz percaya kemenangan ketika bertemu Bournemouth kelmarin bakal menyemarakkan rentak kemenangan pasukan itu di Liga Perdana Inggeris selepas dihantui kekalahan sebelum bermula Piala Dunia.

Skuad 'The Blues' sebelum ini tewas dalam tiga aksi terakhir liga sebelum bermula Piala Dunia Qatar 2022, menyebabkan pasukan itu tergelincir dari kedudukan keenam liga.

Kemenangan ke atas Bournemouth menyaksikan Chelsea kembali ke landasan tepat untuk berada di kedudukan terbaik sekaligus melayakkan diri ke Liga Juara musim depan.

"Saya sangat gembira dengan jaringan ketika menentang Bournemouth. Tetapi paling utama adalah untuk memenangi perlawanan. Itu lebih bermakna buat kami (pasukan)," ujar Harvetz kepada laman web rasmi Chelsea.

Tambah Harvetz lagi, kemenangan kelmarin memberi keyakinan buat Chelsea mengharungi perlawanan seterusnya.

"Kemenangan akan memberikan kami keyakinan untuk terus memburu kemenangan. Kami tewas ketiga-tiga perlawanan sebelum liga direhatkan untuk Piala Dunia. Jadi, kemenangan penting pada perlawanan pertama selepas liga disambung. Kami gembira dapat melakukannya", katanya.

Pemain antarabangsa Jerman itu turut berkata Chelsea perlu menang pada perlawanan akan datang kerana setiap perlawanan yang dilalui adalah sukar.

Sementara itu, Chelsea memulakan langkah pertama dengan menandatangani penyerang David Datro Fofana dari kelab Molde pada jendela perpindahan pemain Januari depan.

Pemain antarabangsa Ivory Cost tersebut yang menjaringkan 24 gol dan membuat 65 penampilan buat kelab Norway itu dijangka menyertai 'The Blues' pada sambutan Tahun baru.

Kehadiran Fofana dijangka memberi banyak pilihan buat pengurus Graham Potter selepas penyerang Armanda Broja terpaksa diketepikan selama satu musim susulan kecederaan ligamen yang dialaminya.-AFP


(Penyerang Chelsea, Kai Havertz (kiri) dan pertahanan Bournemouth, Lloyd Kelly(Kanan)
dalam pertembungan bagi menguasai bola ketika pertemuan kedua-dua pasukan kelmarin
/FOTO AFP)

Media Baharu