fb fb fb fb fb

23 pemain terbaik barisi Malayan Tigress B-16 ke Kejuaraan ASEAN 2025

Foto FAM

KUALA LUMPUR, 17 Ogos - Seramai 23 pemain dipilih membarisi skuad Malaysia Tigress Bawah 16 Tahun (B-16) menghadapi Kejuaraan Wanita B-16 ASEAN 2025 yang akan berlangsung dari 20 hingga 29 Ogos ini di Surakarta, Indonesia.

Ketua Jurulatih, Leila Chua beri kepercayaan kepada tiga penjaga gol, lapan pertahanan, enam pemain tengah dan lima penyerang dengan gabungan umur 14 hingga 16 tahun.

Antara yang terpilih Putri Aina Husna Mohd Subri dan Nurain Qaisara Muhammad Ali selaku benteng terakhir di gawang, selain penyerang berbakat seperti Iris Damya Sharizan dan Siti Balqhis Mukhtar.

Skuad muda negara akan memulakan kempen menentang Timor Leste pada Jumaat, 22 Ogos.

Mereka seterusnya perlu menghadapi pasukan tuan rumah dalam perlawanan terakhir kumpulan yang dijadualkan pada Ahad, 24 Ogos.

Pertembungan akan berlangsung pukul 8.30 malam (waktu Malaysia) di Stadium Manahan, Surakarta.

Tiga juara kumpulan serta satu naib juara terbaik akan melangkah ke Separuh Akhir pada Rabu, 27 Ogos.

Perlawanan Akhir dan Tempat Ke-3 pula akan berlangsung dua hari kemudian.

TUAN MOHAMAD IKRAM BIN TUAN MUHAMAD