INDIANA, 17 Ogos - Dustin Johnson berkongsi kedudukan teratas bersama pemain Colombia, Sebastian Munoz pada saingan Golf LIV Indianapolis selepas kedua-duanya mencatatkan 16 bawah par 126 keseluruhan di Chatham Hills Course.
Johnson menutup pusingan kedua dengan 7 bawah par 64 tanpa sebarang bogey.
Manakala Munoz yang merekodkan 59 pada Jumaat, bermula garang dengan enam birdie daripada tujuh lubang pertama sebelum mencatat double bogey di lubang terakhir.
Enam pemain berkongsi tempat ketiga dengan 12 bawah par termasuk Adrian Meronk dari Poland dan David Puig dari Sepanyol, masing-masing mencatat 63 pukulan.
Jon Rahm, Brandon Grace dan Bubba Watson ketinggalan satu pukulan di belakang mereka untuk berkongsi kedudukan kesembilan.
Saingan yang bakal menutup tirai hari ini menawarkan wang hadiah keseluruhan $20 juta dolar.