fb fb fb fb fb

Piala AFF 2022: Pan Gon yakin Harimau Malaya mampu jinakkan Thailand

BUKIT JALIL, 6 Januari- Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon percaya Malaysia mampu menjinakkan Thailand pada pertemuan aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022, esok andai berjaya mengadaptasi perancangan dan taktikal diarahkan dengan baik ketika permainan.

Jelasnya, Thailand yang dibimbing oleh Alexandre Polking, telah banyak mempamerkan peningkatan dalam saingan Piala AFF termasuk muncul juara Kumpulan A.

Bagaimanapun, beliau menegaskan pasukan negara telah pun membuat analisis terhadap setiap kelemahan skuad Gajah Perang itu.

"Satu pertemuan yang sukar dengan jadual yang padat. Kami akan hadapi Thailand sama seperti pasukan-pasukan lain.

"Kami mempunyai barisan kejurulatihan yang bagus, analisis terhadap mereka telah dibuat dan kami akan salurkan informasi itu kepada para pemain.

"Pemain kami sangat bagus menyesuaikan diri. Tidak banyak dapat dilakukan ketika latihan, tetapi kami sering berkomunikasi dengan pemain dan mereka berjaya melaksanakan arahan dengan baik.

(Kim Pan Gon)

Beliau berkata demikian dalam sidang media pra perlawanan antara skuad kebangsaan dan pasukan Thailand, di sini.

Dalam masa sama, Pan Gon tetap mahu pemainnya berwaspada dan menghormati reputasi lawan sebagai antara pasukan pilihan.

Media Baharu