fb fb fb fb fb

Piala AFF 2022: Dominic Tan yakin keupayaan pemain muda

(Dominic ditemui sebelum sesi latihan di sini bersama barisan 23 pemain akhir yang diumumkan Pan Gon) 

PETALING JAYA, 16 Disember- Pemain pertahanan Harimau Malaya, Dominic Tan mengakui bakal merasai ketiadaan tonggak pertahanan skuad kebangsaan, Dion Cools dalam menghadapi kejohanan Piala AFF 2022.

Namun dia percaya barisan pertahanan dibarisi kebanyakan pemain muda mempunyai kemampuan tersendiri untuk membantu pasukan pergi jauh.

Jelas bintang Sabah FC itu, apa yang paling penting, mereka perlu membalas kepercayaan diberikan Ketua Jurulatih, Kim Pan Gon.

"Bagi saya, sesiapa sahaja yang dipilih bermain mewakili negara pasti akan memberi yang terbaik. Jadi sesiapa yang diberi peluang harus menggalas tanggungjawab dengan baik," kata Dominic sebelum sesi latihan di sini bersama barisan 23 pemain akhir yang diumumkan Pan Gon hari ini.

Selain Dominic, barisan pertahanan skuad kebangsaan kali ini diperkuat tiga pertahanan Selangor FC iaitu Quentin Cheng, Muhammad Fazly Mazlan dan Sharul Nazeem Zulpakar.

Turut tersenarai, pertahanan Negeri Sembilan FC, Khuzaimi Piee dan Muhammad Azam Azmi Murad dari Terengganu FC.

(Dominic Tan yakin keupayaan pemain muda)

Media Baharu