KUALA LUMPUR, 17 Disember-Ketua jurulatih Harimau Malaya, Kim Pan Gon telah menamakan senarai akhir 23 pemain ke kejohanan Piala AFF yang akan bermula 20 Disember hingga 16 Januari depan.
Menurut senarai yang dikeluarkan itu, dua pemain naturalisasi, Lee Tuck dan Sergio Aguero antara yang tersenarai selain Muhammad Safawi Rasid, Mohamad Faisal Abdul Halim, Darren Lok dan Muhammad Haqimi Azim Rosli di jentera serangan.
(Senarai akhir 23 pemain Harimau Malaya ke Piala AFF 2022/ FOTO RTM)
Empat pemain digugurkan, penjaga gol Azri Ab Ghani, pemain tengah, Aliff Izwan Yuslan serta dua penyerang M. Kogileswaran Raj dan Ramadhan Saifullah Usman.
Pemain pertahanan kacukan, Dion Cools juga tidak dapat menyertai skuad kerana urusan peribadi.
Skuad Harimau Malaya akan berlepas ke Yangon Isnin ini bagi memulakan kempen Kumpulan B Piala AFF bertemu Myanmar pada 21 Disermber, diikuti perlawanan menentang Laos di Stadium Nasional Bukit Jalil 24 Disember, Vietnam di Hanoi pada 27 Disember dan Singapura di Bukit Jalil 3 Januari.