MARAN, 3 Disember- Felda Jengka 22 di Maran, Pahang menjadi tumpuan apabila 192 atlet bakal berkampung dan berentap dalam Kejohanan Petanque Double Tertutup Pahang 2024 pada Sabtu ini.
Kejohanan anjuran Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) Jengka 22 dan Kelab Petanque Jengka 22 itu menyaksikan hadiah wang tunai kira-kira RM3,000 ditawarkan kepada pemenang.
Pengarah Felda Wilayah Jengka, Mohd Termizi Lee berkata , kejohanan itu julung kalinya diadakan dengan penyertaan pemain membabitkan 37 rancangan Felda di Wilayah Jengka.
Menurutnya, penganjuran kejohanan itu juga diharap dapat menjadi medan mencungkil bakat-bakat baharu dan pusat petanque bagi Felda Wilayah Jengka dan seterusnya bagi daerah Maran.
Jelasnya lagi, pihaknya merancang untuk menganjurkan kejohanan itu dengan skala lebih besar pada tahun hadapan.
Beliau juga berharap dapat menambahkan lagi 20 gelanggang membabitkan kos kira-kira RM30,000 berbanding 12 gelanggang yang ada setakat ini.