fb fb fb fb fb

Khabib Gimnasium akan dibuka di Johor

Foto RTM

JOHOR BAHRU, 4 Disember - Bekas juara dunia Ultimate Fighting Championship (UFC), Khabib Nurmagomedov bakal membuka pusat gimnasium latihan di Johor.

Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, perkara itu dimeterai menerusi memorandum persefahaman (MoU) antara jaguh seni bela diri campuran (MMA) Khabib dan Majlis Sukan Negeri Johor (MSNJ) di Abu Dhabi, semalam.

Semasa perjumpaan berkenaan, delegasi kerajaan Johor juga berpeluang melawat Khabib Gimnasium di Abu Dhabi yang dilengkapi dengan fasiliti bertaraf dunia termasuk peralatan lengkap untuk latihan kardio, sauna dan lain-lain.

Perbincangan mengenai program pembangunan pembangunan  belia dan cadangan untuk membuka gimnasium di Johor mula disuarakan ketika pertemuan antara Khabib dengan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail, Oktober lalu.

Beliau berharap kerjasama berkenaan menjadikan Johor terus maju dalam pembangunan ummah dan dapat membuka lebih banyak fasiliti sukan bertaraf dunia yang memberi manfaat  kepada rakyat Johor terutama golongan muda di negeri itu dalam bidang sukan.

TETITIA YUSOFF