fb fb fb fb fb

Peruntukan RM2 juta untuk program Rakan Muda tahun ini

Adam Adli

KUALA LUMPUR, 24 Februari- Sebanyak RM5 juta diperuntukkan kepada Majlis Belia Malaysia (MBM), manakala RM2 juta kepada pelaksanaan program Rakan Muda sepanjang tahun ini.

Ia bukti komitmen berterusan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) memastikan persatuan atau pertubuhan belia berupaya menjalankan aktiviti terutama di peringkat komuniti.

Timbalan Menterinya, Adam Adli berkata, dana atau geran itu boleh dipohon kepada kementerian oleh mana-mana persatuan belia yang berdaftar di bawah MBM.

"Kita sudah sediakan akses dan tabung yang boleh dimanfaatkan oleh golongan belia.

"Dana sukan komuniti sahaja bernilai RM20 keseluruhan setahun. (Ia) hanya boleh diakses persatuan sukan dan pertubuhan belia," katanya.

Terdahulu, beliau menghadiri Konvensyen Belia Nasional 2024 yang berlangsung di sini, hari ini.

SITI AISHAH BINTI MD ISA