LONDON, 24 Februari - Pengendali Chelsea, Mauricio Pochettino menggesa agar pegawai perlawanan tidak bersikap berat sebelah pada pertembungan final Piala Liga antara pasukannya dan Liverpool pada Ahad.
Pochettino turut mengingatkan agar mereka tidak dipengaruh oleh emosi susulan pemergian Jurgen Klopp pada penghujung musim ini.
Kenyataan tersebut dikeluarkan Pochettino berhubung rayuan penalti oleh Chelsea yang ditolak pengadil perlawanan ketika pasukan bimbingannya tewas 4-1 kepada Liverpool pada perlawanan kedua-dua pasukan pada aksi Liga Perdana bulan lalu.
"Apa yang kami perlu pastikan ialah kami akan bersaing dan pegawai perlawanan wajar bersikap adil dalam setiap keputusan," kata Pochettino pada Jumaat.
"Pada perlawanan lepas, kami tidak diberikan dua sepakan penalti. Kali ini kami mahu dilayan secara adil", kata Pochettino.
Pengurus berasal Argentina itu turut tidak mahu emosi dan tekanan sekitar musim perpisahan Klopp menjadi salah satu faktor diambil kira menjelang pertemuan akhir kedua-dua pasukan.
Pochettino berharap agar pengadil Chris Kavanagh yang dipilih bagi mengadili perlawanan di Wembley tanpa bersikap berat sebelah.
Pochettino sebelum ini dinafikan kejuaraan Piala Liga selepas dikecewakan Chelsea pada 2015 ketika membimbing Tottenham Hotspur.
Manakala Liverpool pula mengintai gelaran kejuaraan buat kali ke-10.-REUTERS