KUALA LUMPUR, 27 Mac - Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mahu memastikan Malaysia mempunyai pelapis atlet yang berkaliber dan berprestasi tinggi sebelum menjadi tuan rumah untuk sebarang temasya utama.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata keputusan menolak menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 2026 baru-baru ini adalah langkah tepat untuk Malaysia mempersiapkan kontinjen yang mampu menyumbang pingat bagi setiap jenis sukan.
"Pembangunan bakat itu yang paling penting, pertama di peringkat sekolah akan bincang dengan pendidikan, hendak pastikan jasmani ini adalah wajib di sekolah, persatuan sukan kene main peranan wujudkan kejohanan di peringkat akar umbi
"Kita hendak pastikan ada ramai atlet yang boleh hantar itu adalah keperluan asas, tidak ada gunanya jadi tuan rumah untuk sukan antrabangsa tetapi atlet kita tak dapat menang apa-apa," katanya.
Beliau berkata demikian pada Majlis berbuka puasa bersama Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM), di sini