MOTEGI, 21 September- Kehangatan perlumbaan MotoGP dunia beralih ke litar Twin Rig Motegi, Jepun pada hujung minggu ini.
Pelumba Perancis, Fabio Quartararo yang juga menyandang gelaran juara dunia ketika ini berbaki lima lagi perlumbaan untuk mengekalkan kedudukannya.
Kegagalan meraih gelaran juara pada Grand Prix (GP) Aragon, Sepanyol pada Ahad akibat kemalangan menjadikan jurang mata dengan pelumba Itali, Francesco Bagnaia serta pelumba Sepanyol, Aleix Espargaro masing 10 dan 17 mata.
Pelumba jentera Ducati, Bagnaia menambah lagi tekanan kepada Quartararo Yamaha selepas berjaya mencatatkan empat kemenangan berturut-turut menerusi GP Sepanyol, GP San Marino, GP British dan GP Belanda.
"Saya memberikan yang terbaik dan saya ingin bertarung di Jepun," kata Bagnaia yang berusia 25 tahun yang mengejar gelaran MotoGP Dunia yang pertama.
Beliau gembira dapat mengutip 20 mata meski hanya raih sekadar tempat kedua daripada terpaksa menanggung risiko untuk menang.
Hanya 17 mata membahagikan tiga teratas dalam perlumbaan ke Motegi untuk MotoGP pertama di Jepun sejak pandemik.-AFP
(Pelumba MotoGP, Fabio Quartararo/AFP)