fb fb fb fb fb

Persahabatan: Jaringan tunggal Di Maria selamatkan maruah Argentina

Penyerang Argentina, Angel Di Maria/Foto REUTERS

CHICAGO,10 Jun-Jaringan tunggal Angel Di Maria membolehkan skuad Argentina menang 1-0 ke atas Equador pada perlawanan persahabatan dalam usaha mempertahankan kejuaraan Copa America di sini.

Di Maria dinamakan sebagai ketua pasukan selepas bintang dunia, Lionel Messi disenaraikan di bangku simpanan.

Di Maria menjaringkan gol ke-31 antarabangsanya pada minit ke-40 pada perlawanan yang menghiburkan para penyokong kedua-dua pasukan.

Jaringan berkenaan terhasil selepas Di Maria mendapat lorongan cantik Cristian Romero yang membolehkan penyerang veteran itu melepaskan rembatan rendah melepasi jangkauan penjaga gol Equador, Hernan Galindez.

Di Maria kemudiannya dikeluarkan pada minit ke-56 bagi memberi laluan kepada Messi yang masuk sebagai pemain gantian.Namun bintang Inter Miami itu gagal menambah sebarang jaringan buat Argentina.keputusan 1-0 kekal sehingga tamat perlawanan.

Perlawanan menentang Equador merupakan sebahagian daripada dua perlawanan pemanas badan yang diatur sebelum sepak mula Copa America pada 20 Jun ini menetang Canada di Atlanta.

Selepas ini, skuad Argentina dijadualkan bertemu Guatemala di Ladover, Maryland pada Jumaat bagi mengakhiri jadual perlawanan persahabatan sebelum bermulanya Copa America.-AFP

KAMARULZAMAN BIN MUHAMAD