fb fb fb fb fb

Perkasa wanita dalam sukan

Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh/foto Bernama

GEORGE TOWN, 24 Jun- Semua halangan penyertaan wanita dalam bidang sukan sedang diperhalusi untuk memperkasakan penglibatan golongan berkenaan dalam sukan.

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, Malaysia memainkan peranan penting dalam memastikan penglibatan golongan wanita tidak terhalang atas beberapa faktor seperti penjagaan anak dan yang berkaitan.

Pelbagai kemungkinan sedang diperhalusi demi memastikan golongan wanita yang terlibat dalam sukan berada dalam keadaan selamat tanpa sebarang gangguan.

Menurut Hannah, kerajaan akan memastikan semua aspek perkembangan sukan melibatkan golongan wanita dititikberatkan bagi menjamin kesejahteraan atlet wanita beraksi untuk negara tanpa sebarang gangguan emosi atau fizikal.

"Perkasakan wanita dalam sukan di Malaysia melalui akses kepada kemudahan, bajet untuk sukan wanita dan pastikan apa-apa halangan..kita keluarkan halangan tersebut seperti gangguan seksual seperti tak ada akses kepada penjagaan kanak-kanak kita dah wujudkan taska di KL Sports City so ini adalah antara contoh yang telah kita wujudkan untuk bantu wanita kekal dalam sukan.." Jelas Hannah.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Persidangan Asean Conference on Gender Equity in Sports di George Town.

Hadir sama ialah Presiden Majlis Olimpik Malaysia, Tan Sri Norza Zakaria dan Pengerusi Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri, Daniel Gooi Zi Shen.

AZRUL FAIZAL JUSOH