fb fb fb fb fb

Perjuangan Sivasangari di Kejohanan Skuasy Dunia berakhir

Pemain skuasy negara, S.Sivasangari/FB PSA Squash Tour

KUALA LUMPUR, 16 Mei- Pemain skuasy wanita negara, S.Sivasangari terpaksa akur menamatkan saingan di Kejohanan Skuasy Dunia Persatuan Skuasy (PSA) 2024-2025.

Sivasangari tewas 1-3 kepada wakil tuan rumah, Olivia Weaver dalam saingan suku akhir di Chicago, Amerika Syarikat.

Aksi yang berlangsung di Lakeshore Sport & Fitness itu menyaksikan Weaver yang diletakkan selaku pilihan keempat, mempamerkan aksi cemerlang untuk mengetepikan Sivasangari 11-3, 8-11, 11-4, 11-5, hanya dalam tempoh 41 minit.

Juara dunia tujuh kali, Nour El Sherbini dari Mesir akan menanti Weaver pada pusingan separuh akhir.

Kekalahan pemain berusia 26 tahun itu menyaksikan tiada lagi wakil Malaysia dalam kejohanan berkenaan selepas pemain lelaki, Ng Eain Yow juga terkandas pada pusingan ketiga, 13 Mei lepas.

MUHAMMAD AFIF FARHAN BIN AHMAD HISHAM