ENGLAND, 29 Julai - Ribuan peminat bola sepak memenuhi The Mall di luar Istana Buckingham hari ini ketika pasukan wanita England mengadakan perarakan bas selepas kemenangan mereka dalam Euro 2025.
Penyerang Chloe Kelly menjaringkan sepakan penalti penentu ketika England menewaskan Sepanyol 3-1 dalam penentuan penalti di Basel pada Ahad, sekali gus memenangi Kejohanan Eropah dan berjaya mempertahankan gelaran yang dimenangi di tempat sendiri tiga tahun lalu.
Pasukan bola sepak wanita England meraikan kemenangan / Foto www.sportscasting.com
Pasukan The Lionesses menang ke atas Sepanyol dalam perlawanan akhir Kejohanan Eropah 2025 / Foto www.espn.com
Perarakan itu merupakan sebahagian daripada acara sambutan kepulangan yang lebih besar, yang menampilkan persembahan muzik secara langsung dan skrin besar yang menayangkan sorotan kejohanan. - REUTERS