fb fb fb fb fb

Trump berlatih golf di Scotland sebelum rasmikan padang baharu

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump / Foto REUTERS

SCOTLAND, 29 Julai - Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilihat meluangkan masa berlatih ayunan golf di Aberdeenshire, Scotland ketika lawatannya ke United Kingdom, hari ini.

Sesi latihan itu diadakan di Trump International Golf Links Aberdeen, Balmedie, menjelang pembukaan rasmi padang golf berkenaan miliknya sendiri.

Presiden AS dijadual melawat UK sekali lagi pada September dan beliau akan diraikan oleh Raja Charles dalam satu lawatan negara.

Selepas menerima jemputan yang disampaikan kepadanya semasa lawatan Perdana Menteri Britain, Keir Starmer ke White House pada Februari lalu, Trump akan menjadi pemimpin dunia pertama dalam zaman moden yang menjalankan dua lawatan negara ke Britain. - REUTERS

MUHAMMAD ASYRAF BIN MOHD ZUHAIRIE