fb fb fb fb fb

Perancangan JBSNK 2023: Fokus pemilihan bakat baharu dalam kalangan OKU, B40

ALOR SETAR, 13 Februari- Mendekati golongan orang kurang upaya (OKU) bagi sesi pemilihan bakat baharu atlet para sukma tahun 2024 menjadi antara perancangan Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah (JBSNK), tahun ini.

Turut diberi perhatian, usaha mengembangkan bakat renang di peringkat akar umbi dengan melaksanakan enam program di daerah terpilih melibatkan kemahiran latihan asas sukan (KLAS).

Jelas Pengarah JBSNK, Mohd Nizam Ismail pencarian bakat baharu itu bermula dari usia tujuh hingga 17 tahun, dengan menyasarkan golongan B40 yang kurang berkemampuan.

Kesemua yang terpilih akan mendapat bimbingan jurulatih renang berkelayakan dan fasiliti kolam renang bersesuaian di setiap enam daerah terpilih iaitu Kota Setar, Kulim, Kuala Muda, Kubang Pasu, Sik dan Langkawi.

"Keutamaan kita adalah mereka yang tergolong dalam kumpulan B40, jadi maksudnya kumpulan-kumpulan mereka yang kurang berkemampuan.

"Kita sediakan jurulatih yang berkelayakan, pilih kolam renang yang sesuai...latih selama 10 minggu melibatkan satu sesi satu program jadi melibatkan 20 orang di enam daerah dipilih tahun ini," katanya.

(Mohd Nizam Ismail)

Beliau ditemui RTM di Wisma Persekutuan Anak Bukit, di sini hari ini.

Pada masa sama, beberapa program utama seperti Hari Sukan Negara dan Hari Belia Negara turut akan dilaksanakan dengan penglibatan komuniti setempat.

Media Baharu