fb fb fb fb fb

Perak, Johor juara edisi sulung Kejohanan Besbol Bawah 16 Tahun kebangsaan

Foto RTM

BATU PAHAT, 30 Jun - Wakil Perak muncul juara edisi pertama Kejohanan Besbol Bawah 16 Tahun Peringkat Kebangsaan 2025 bagi kategori lelaki selepas berjaya menewaskan wakil Melaka pada aksi yang berlangsung di SMK Tun Aminah Gemilang, Batu Pahat.

Perak yang tewas hanya sekali diperingkat kumpulan nyata sukar digugat. Pasukan dengan jolokan Tombak Perak membelasah Melaka 17 berbalas 0.

Bagaimanapun, impian untuk meriah kejayaan berganda tidak kesampaian selepas wakil wanita meraka tewas kepada tuan rumah Johor.

Bagi aksi wanita, Johor berjaya melakar nama selaku juara apabila menewaskan wakil Perak 19 berbalas 6.

Penganjur, Muhamad Norashid Amir berkata, kejohanan yang disertai kira-kira 300 peserta itu memperlihatkan potensi besar sukan besbol di peringkat akar umbi.

"Kita nampak kualiti U16 meningkat dengan baik dan saya yakin ini ada prospek negara dan saya yakin sedikit masa lagi kita akan mengukir kejayaaan pada peringkat antarabangsa," katanya.

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN