MIRI, 30 Jun - Sarawak Eco Run 4.0 Peringkat Negeri bagi Daerah Miri merekodkan penyertaan paling ramai iaitu 1,322 orang.
Timbalan Menteri Kesihatan yang juga Ahli Parlimen Sibuti, Datuk Lukanisman Awang Sauni berpuas hati dengan sambutan menggalakkan terhadap acara tersebut.
Ujarnya, ia menggambarkan penglibatan aktif anak muda dalam program kecergasan dalam menggalakkan amalan gaya hidup sihat.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Pengakap Daerah Miri, Caroline Siburat berharap program itu dapat diteruskan sebagai aktiviti tahunan.
Oleh itu beliau mengharapkan sokongan banyak pihak untuk penganjuran pelbagai program pada masa akan datang
Sarawak Eco Run 4.0, satu inisiatif tahunan Majlis Pengakap Negeri Sarawak yang dilaksanakan secara serentak di seluruh negeri.
Program di Miri mendapat kerjasama daripada Majlis Bandaraya Miri, Balai Bomba dan Penyelamat Lutong, pihak sekolah serta ibu bapa.