PARIS, 30 Jun - Pemain golf Perancis, Adrien Saddier menewaskan rakan senegara, Martin Couvra, dengan kelebihan dua pukulan sekali gus meraih kejuaraan sulung Jelajah Eropah di Terbuka Itali.
Pemain berusia 33 tahun itu ketinggalan tiga pukulan ketika memasuki sembilan lubang terakhir, namun bangkit dengan lima birdie di bahagian penutup untuk menamatkan saingan dengan kemenangan pada penampilan ke-200 dalam siri jelajah tersebut.
Saddier menamatkan pusingan terakhir dengan catatan empat bawah par 66, sekali gus mengumpul keseluruhan 14 bawah par bagi kejohanan tersebut.
Couvra pula terpaksa berpuas hati di tempat kedua selepas mencatat 69 pukulan.
Calum Hill dari Scotland dan wakil England, Dan Bradbury, berkongsi kedudukan ketiga dengan masing-masing mengumpul 10 bawah par. – AFP