fb fb fb fb fb

Marc Marquez kuasai GP Belanda

Marc Marquez cemerlang di "Cathedral of Speed"

ASSEN, 30 Jun - Marc Marquez mempamerkan aksi cemerlang di "Cathedral of Speed" MotoGP apabila merangkul kemenangan di Grand Prix Belanda.

Kemenangan itu membolehkannya melebarkan jurang kejuaraan kepada 68 mata ke atas pencabar terdekat iaitu adiknya Alex Marquez, dalam misi memburu gelaran ketujuh.

Pelumba Aprilia, Marco Bezzecchi, menamatkan perlumbaan di tempat kedua manakala juara dua kali, Francesco Bagnaia dari pasukan Ducati, melengkapkan kedudukan podium di tempat ketiga. - AFP

NUR MOHD IQWAN BIN SAMSUDIN